biologi molekul | molecular biology | Kajian struktur dan fungsi molekul organisma hidup khususnya protein dan asid nukleik. | Menengah Atas |
biologi | biology | Kajian tentang benda hidup. Terdapat dua bidang asas biologi, iaitu zoologi (kajian tentang haiwan) dan botani (kajian tentang tumbuhan). | Menengah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut. | Menengah Rendah |
kawalan biologi | biological control | Kawalan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan musuh semula jadi kepada perosak tersebut berdasarkan konsep mangsa-pemangsa. | Menengah Atas |
enzim biologi | biological enzyme | Enzim pemangkin organik, biasanya protein yang boleh mempercepat tindak balas biokimia. | Menengah Atas |
ekologi | ecology | Cabang biologi yang mengkaji keseluruhan aspek organisma hidup dan hubungannya dengan benda hidup yang lain, serta persekitarannya. | Menengah Atas |
anatomi | anatomy | Cabang bidang biologi yang mengkaji struktur dalaman tumbuhan dan haiwan. | Menengah Atas |
ekologi | ecology | Satu dari cabang biologi yang mengkaji perhubungan antara organisma dengan organisma yang lain. | Menengah Rendah |
pencemaran | pollution | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera. | Menengah Rendah |
bioteknologi | biotechnology | Pembangunan teknik yang menggunakan proses-proses biologi dalam penghasilan bahan untuk perubatan dan perindustrian. | Menengah Rendah |