reostat | rheostat | Perintang boleh ubah yang boleh dilaraskan untuk mengawal arus elektrik mengalir melaluinya. | Menengah Rendah |
boleh tempa | malleable | Perihal sifat bahan pepejal seperti logam yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis. | Menengah Rendah |
boleh tempa | malleable | Sifat bahan pepejal seperti aloi yang dapat diketuk menjadi kepingan nipis. | Menengah Atas |
boleh larut | soluble | Perihal bahan pepejal yang boleh larut dalam pelarut seperti air. | Menengah Rendah |
boleh larut | soluble | Sifat bahan pepejal yang boleh meresap dan sebati dengan pelarut, terutamanya air. | Sekolah Rendah |
perintang boleh ubah | variable resistor | Perintang yang boleh mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektrik. Contohnya, penggunaan pada alat ubah bunyi radio atau televisyen. | Menengah Rendah |
sumber tenaga boleh diperbaharui | renewable energy source | Sumber tenaga yang boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, tenaga suria, angin dan air. | Sekolah Rendah |
sumber tenaga tak boleh dibaharui | non-renewable energy sources | Sumber tenaga yang tidak boleh dijana semula atau diperbaharui kerana bekalan yang terhad atau penjanaan semula tenaga tersebut adalah mustahil. | Menengah Rendah |
sumber tenaga tidak boleh diperbaharui | non-renewable energy source | Sumber tenaga yang tidak boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, petroleum dan arang batu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
detergen | detergent | Agen pembersih yang boleh mengurangkan tegangan permukaan air, meningkatkan pembasahan, pengemulsian, penyerakan dan boleh berfungsi dalam air liat. | Menengah Atas |