rod politena | polythene rod | Bahan plastik yang boleh digunakan untuk menghasilkan cas negatif apabila digosok dengan kain bulu. | Menengah Rendah |
sumber cahaya | light source | Punca cahaya yang boleh digunakan. Contohnya, sumber cahaya daripada matahari. | Sekolah Rendah |
sumber air | water resource | Punca air yang boleh digunakan. | Sekolah Rendah |
pemusnahan | destruction | Proses merosakkan sesuatu seperti hutan sehingga tidak boleh digunakan. | Sekolah Rendah |
span | sponge | Objek berliang-liang halus yang diperbuat daripada getah, yang boleh digunakan untuk membersihkan sesuatu objek. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bahan buangan | waste product | Bahan yang terhasil daripada proses kimia yang tidak boleh digunakan dan perlu dikeluarkan daripada tubuh. Contohnya, urea dan karbon dioksida. | Menengah Rendah |
pelupusan sisa | waste disposal | Proses menghapuskan bahan buangan atau lebihan yang tidak boleh digunakan. | Sekolah Rendah |
benang | thread | Tali halus yang biasanya diperbuat daripada kapas atau sutera, yang boleh digunakan untuk mengukur ukur lilit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bahan buangan | waste product | Bahan yang terhasil daripada proses biokimia, yang tidak boleh digunakan dan perlu dikeluarkan daripada tubuh. | Menengah Atas |
sumber tenaga boleh diperbaharui | renewable energy source | Sumber tenaga yang boleh diganti semula apabila tenaga tersebut telah habis digunakan. Contohnya, tenaga suria, angin dan air. | Sekolah Rendah |