Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan;baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bua.tan] | بواتن

Definisi : 1 sesuatu yg telah dibuat atau dikerjakan; hasil drpd membuat sesuatu; bikinan: Belilah barang-barang ~ Malaysia. 2 apa-apa yg dibuat atau dikerjakan: Tak ada lain ~nya sehari-hari melainkan berbual di kedai-kedai kopi. 3 hasil membuat: Kerusi ini cantik betul ~nya. 4 yg dibuat oleh manusia; tidak asli: bunga ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buatan

Puisi
 

Tepak ini buatan Palembang,
     Mari dialas dengan kertas;
Jangan adik berhati bimbang,
     Benda di tangan tidak terlepas.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bertampar biar sama bercincin,
     bertendang biar sama bersepatu,
bercakar biar sama bercangggai.

Bermaksud :

Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita. canggai = kuku buatan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemilihan buatanartificial selectionPemilihan tumbuhan atau haiwan yang mempunyai ciri terbaik untuk dikacukkan, yang dilakukan oleh manusia. Biasanya proses ini diulang-ulang pada generasi yang berikutnya hingga sesuatu ciri yang terbaik menjadi kekal pada anak yang dihasilkan.Menengah Atas
getah sintetiksynthetic rubberGetah buatan yang mempunyai satu atau lebih sifat yang serupa dengan sifat getah asli. Contohnya, poliuretana dan getah butadiena-stirena.Menengah Atas
keratan batangstem cuttingKaedah pembiakan buatan pada tumbuhan yang melibatkan batang kecil, dan biasanya berdaun. Batang yang dipotong akan diletakkan dalam air atau pasir lembap supaya akar terbentuk, sebelum dipindahkan ke tanah. Contohnya, keratan batang pokok bunga ros. Lihat RajahSekolah Rendah
pengimunanimmunizationProses menjadikan seseorang imun secara buatan sama ada melalui suntikan antiserum atau penggunaan vaksin.Menengah Atas
polimer sintetiksynthetic polymerPolimer yang dihasilkan secara buatan. Contohnya, plastik, serat tiruan dan getah sintetik.Menengah Atas
sayapwingBahagian pada badan burung atau serangga atau struktur buatan yang digunakan untuk terbang.Sekolah Rendah

Kembali ke atas