Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[buih] | بوءيه

Definisi : gelembung-gelembung udara pd cecair, busa; kalau pandai meniti ~, selamat badan ke seberang prb kalau keras kemahuan nescaya tercapai maksud; berbuih, membuih mengeluarkan buih, ada buihnya, berbusa: sabun ~ apabila dicampurkan air; ~ mulut ki tidak berhenti-henti memperkatakan (orang, peristiwa, sesuatu hal, dll); membuihkan menjadikan berbuih: air lembut mudah ~ sabun;pembuihan perihal membuih(kan), pembusaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[buih] | بوءيه

Definisi : gelembung-gelembung putih yg terdapat pd benda-benda cair, spt pd air sabun; busa. berbuih ada buihnya: Mulutnya ~ apabila bercakap. membuih mengeluarkan buih; menjadi buih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buih

Puisi
 

Buih putih di air terjun,
     Dara jelita menangguk ikan;
Biar pun kuih bercampur racun,
     Kerana cinta sanggup dimakan.


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
buihbubbleGelembung-gelembung jernih yang terdapat pada cecair seperti air sabun. Lihat RajahSekolah Rendah
air liathard waterAir yang mengandungi garam kalsium dan garam magnesium, dan tidak mudah membentuk buih apabila bertindak balas dengan sabun. Terdapat dua jenis air liat, iaitu air liat sementara dan air liat kekal.Menengah Atas
air liathard waterAir yang mengandungi garam kalsium, magnesium atau ferum pada kepekatan yang tinggi. Air ini tidak mudah membentuk buih apabila ditindakkan dengan sabun. Contohnya, air sungai.Menengah Rendah

Kembali ke atas