dubur | anus | Bukaan pada bahagian hujung salur alimentari yang berfungsi untuk mengeluarkan najis dari badan. | Menengah Rendah |
dubur | anus | Bukaan pada hujung salur makanan yang merupakan laluan saki-baki makanan yang tidak tercerna dan bahan-bahan yang tidak perlu, untuk dikeluarkan dari badan. | Menengah Atas |
liang peluh | sweat pore | Bukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
anak mata | pupil | Bahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
faraj | vagina | Saluran dari uterus ke bukaan luar saluran genital wanita. | Menengah Rendah |
membran timpanum | tympanic membrane | Membran keras yang menutupi bukaan luar telinga tengah. Membran yang terdiri daripada tisu gentian kolagen ini berfungsi menghantar getaran ke telinga tengah. Membran ini dikenali juga sebagai gegendang telinga. | Menengah Rendah |
kelenjar prostat | prostate gland | Kelenjar yang mengelilingi bahagian bukaan uretra lelaki atau mamalia jantan, yang merembeskan cecair bernutrien. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
larinks | larynx | Kotak suara yang terletak di bahagian bukaan trakea pada kebanyakan vertebrata. | Menengah Atas |
serviks | cervix | Salur pada bahagian paling bawah uterus yang menguncup ke bukaan faraj. | Menengah Rendah |
sel pengawal | guard cell | Sel yang mengelilingi stoma pada epidermis tumbuhan. Sel ini mengawal saiz bukaan stoma apabila perubahan kesegahan sel berlaku. Sel ini mengandungi kloroplas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |