rizom | rhizome | Batang yang tumbuh mendatar di bawah permukaan tanah, mempunyai ruas, buku dan mata tunas. Bahagian ini merupakan tempat simpanan makanan yang dihasilkan oleh pokok dan boleh tumbuh semula untuk menghasilkan tumbuhan baru, dan sebagai bahan pembiakan pokok. Contohnya, kunyit, halia dan lengkuas. | Menengah Atas |
jisim | mass | Jumlah jirim dalam jasad, tanpa bentuk yang tertentu. Jisim merupakan jumlah isi padu sesuatu benda. Contohnya, jisim buku ialah 100 gram. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
akar adventitius | adventitious root | Akar yang tumbuh pada bahagian lain tumbuhan, selain akar utama, iaitu dari keratan batang atau daun. Contohnya, akar yang tumbuh pada buku di bahagian bawah batang, seperti pada tebu, atau pada daun setawar. Lihat Rajah | Menengah Atas |