Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.mi] | بومي

Definisi : 1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.mi] | بومي

Definisi : 1 dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2 tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1 menetap di sesuatu tempat. 2 menuju ke bumi. 3 masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi

Puisi
 

Tetak buluh dibuat pagar,
     Mari diikat dengan rotan;
Gunung runtuh bumi bergegar,
     Gempa tidak kiamat pun bukan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bumi mana yang tidak kena hujan?

Bermaksud :

Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.

 

Lihat selanjutnya...(27)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
meteoroidmeteoroidSerpihan batu kecil yang terapung dan bergerak di angkasa lepas. Apabila meteoroid menghampiri bumi, tarikan graviti bumi menyebabkan meteoroid jatuh ke arah bumi. Lihat RajahSekolah Rendah
bulanmoonSatelit semula jadi bumi yang beredar mengelilingi bumi dan kelihatan lebih jelas pada waktu malam. Lihat RajahSekolah Rendah
satelitsatellitePeranti yang dilancarkan dari Bumi untuk mengorbit Bumi atau planet lain dalam sistem suria.Menengah Rendah
wayar bumiearth wireWayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk tujuan keselamatan. Sarung penebat bagi wayar bumi berjalur hijau dan kuning.Menengah Rendah
wayar bumiearth wireWayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk mengelakkan renjatan elektrik bagi tujuan keselamatan. Sarung penebat wayar bumi berjalur hijau atau kuning. Lihat RajahMenengah Atas
mantelmantleLapisan tengah yang terletak di antara teras bumi dengan kerak bumi. Lihat RajahMenengah Rendah
alam semula jadinatureKeadaan alam secara semula jadi termasuk tumbuhan, haiwan, muka bumi, ciri dan hasil bumi.Sekolah Rendah
BumiEarthPlanet ketiga dalam sistem suria dan mempunyai hidupan.Menengah Rendah
bumiearthPlanet yang ketiga jauhnya dari matahari. Lihat RajahSekolah Rendah
kerak bumiearth’s crustLapisan paling luar bumi yang keras yang terdiri daripada mineral.Menengah Rendah
12345678

Kembali ke atas