aloi | alloy | Campuran dua jenis logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Aloi lebih keras, lebih cantik dan tahan hakisan. Contohnya, gangsa, iaitu campuran kuprum dan stanum, manakala keluli ialah campuran besi dan karbon. | Menengah Rendah |
aloi | alloy | Campuran dua jenis logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Contohnya, gangsa, iaitu campuran kuprum dan stanum. | Menengah Atas |
campuran homogen | homogeneous mixture | Campuran sampel jirim yang mempunyai komposisi dan sifat yang sekata pada keseluruhan sampel. | Menengah Atas |
campuran heterogen | heterogeneous mixture | Campuran yang tidak tergabung secara kimia, dan boleh diasingkan melalui kaedah fizik, seperti penyulingan atau penurasan. | Menengah Atas |
larutan | solution | Campuran satu atau lebih zat terlarut di dalam pelarut. Zat terlarut mungkin gas, cecair atau pepejal dan pelarut biasanya ialah cecair. | Menengah Rendah |
batuan | rock | Campuran bahan mineral yang terdapat dalam kerak bumi. Contohnya, pasir dan gamit. | Menengah Rendah |
ampaian | suspension | Campuran zarah pepejal atau cecair yang kecil dalam medium cecair atau gas. Contohnya, zarah lemak dalam susu, dan zarah kabut dalam udara. | Menengah Rendah |
udara | air | Campuran pelbagai jenis gas yang tidak kelihatan dan terdapat di atmosfera. | Sekolah Rendah |
minyak mentah | crude oil | Campuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. | Menengah Rendah |
penyulingan | distillation | Proses untuk mengasingkan campuran cecair yang mempunyai takat didih yang berbeza. | Menengah Rendah |