larutan kuprum (II) sulfat | cooper (II) sulphate solution | Larutan berwarna biru yang diperoleh dengan melarutkan hablur kuprum(II) sulfat di dalam air. Formulanya, CuSO4 . | Menengah Atas |
garam kuprum(II) karbonat | cooper II carbonate salt | Garam tak terlarut berwarna hijau yang membebaskan gas karbon dioksida apabila dipanaskan. Formulanya, CuCO3. | Menengah Atas |
sel Daniell | Daniell cell | Sel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. Lihat Rajah | Menengah Atas |
meiosis | meiosis | Pembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid. | Menengah Atas |
penyesaran logam | metal displacement | Penggantian logam kurang elektropositif dalam satu sebatian larutan garam dengan logam yang lebih elektropositif dalam siri elektrokimia. Contohnya, zink yang lebih elektropositif berbanding kuprum akan menyesarkan kuprum dari larutan kuprum(II) sulfat. | Menengah Atas |