Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.ra] | چارا

Definisi : 1 peraturan membuat sesuatu: Bagaimanakah ~ membuat kuih itu? 2 gaya atau kaedah (spt bentuk, fesyen dll): Bahasa yg digunakan dlm karangannya mengikut ~ bahasa Melayu lama. 3 sesuatu peraturan yg lazim diikut; adat resam; adat kebiasaan: Beliau gemar sekali makan masakan ~ Melayu. cara-cara 1 berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2 pelbagai peraturan atau contoh. 3 upacara. secara 1 dgn cara: Pegawai itu telah menerangkan akta tsb kpd kami ~ ringkas sahaja. 2 selaku; sebagai: Semuanya dilakukan ~ bermain-main. 3 menurut (adat): Perkahwinannya dilakukan ~ adat Melayu. ~ langsung a. dgn cara terus atau tidak dgn perantara­an. b. tidak menyimpang atau tidak menyeleweng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara

Puisi
 

Orang merendang si udang galah,
     Cara masakan oranglah Minang;
Orang perempuan selalunya kalah,
     Orang jantan selalunya menang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti lintah menghisap darah.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
heterotrofheterotrophCara pemakanan, iaitu apabila organisma memperoleh tenaga daripada pengambilan dan pencernaan sebatian organik tumbuhan dan haiwan yang dimakan. Semua haiwan memperoleh makanan melalui cara ini.Menengah Rendah
piktografpictographCara menunjukkan data melalui perwakilan simbol atau imej.Sekolah Rendah
kaedahmethodCara atau peraturan melakukan sesuatu.Sekolah Rendah
mekanisme letupanexplosive mechanismCara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat RajahSekolah Rendah
pemakanan autotrofautotrophic nutritionCara pemakanan organisma autotrof.Menengah Atas
ligasiligationKaedah mencegah kehamilan dengan cara memotong dan mengikat tiub Fallopio. Lihat RajahMenengah Rendah
penyejukbekuanfreezingProses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan di dalam tempat sejuk sehingga beku.Sekolah Rendah
penjerukanpicklingProses mengawet bahan makanan dengan cara merendamkan makanan di dalam larutan gula, garam dan cuka.Sekolah Rendah
pengetinancanningProses mengawet bahan makanan dengan cara makanan dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan di dalam tin kedap udara.Sekolah Rendah
pengeringandryingProses mengawet bahan makanan dengan cara menyingkirkan kandungan air yang ada dalam makanan.Sekolah Rendah
123

Kembali ke atas