pengapungan | float | Proses untuk mengapungkan objek dalam sesuatu cecair. Sesuatu objek akan terapung di atas cecair apabila ketumpatannya kurang daripada ketumpatan cecair itu. Contohnya, minyak berada di atas air kerana ia kurang tumpat berbanding air. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
takat didih | boiling point | Suhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Bahan yang mempunyai jisim, isi padu yang tetap dan tidak mempunyai bentuk tetap tetapi mengikut bentuk bekasnya. Contohnya, air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cecair meruap | volatile liquid | Cecair yang mudah tersejat. | Menengah Atas |
lateks | latex | Cecair putih yang terdapat pada sesetengah tumbuhan. Cecair ini terdiri daripada damar, lemak, lilin dan campuran bahan kompleks lain dalam komposisi tertentu mengikut spesies tumbuhan. Contohnya, susu getah. | Menengah Rendah |
cecair | liquid | Jirim yang zarahnya bebas bergerak, tetapi pergerakannya dihadkan oleh daya lekitan. Cecair tidak mempunyai bentuk tetap, mengikut bentuk bekas dan sukar dimampatkan kerana zarahnya tersusun rapat berbanding dengan susunan gas. | Menengah Atas |
meniskus | meniscus | Permukaan cecair dalam satu bekas yang kelihatan melengkung pada bahagian permukaan cecair akibat tindakan daya pada permukaannya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ampaian | suspension | Campuran zarah pepejal atau cecair yang kecil dalam medium cecair atau gas. Contohnya, zarah lemak dalam susu, dan zarah kabut dalam udara. | Menengah Rendah |
air kencing | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul di dalam pundi kencing. Cecair ini mengandungi air yang berlebihan, garam dan bahan buangan bernitrogen seperti urea. | Menengah Rendah |