Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ci.ca/] | چيچق

Definisi : sj reptilia kecil (badan dan ekornya pan­jang dan kakinya empat), Hemidactylus spp.; ~ kubin a) sj reptilia, Draco volans; b) ki (orang yg) sangat kurus; ~ terbang sj reptilia, Ptychozoon kuhli; spt ~ makan kapur prb a) beroleh malu kerana kesalahannya sendiri; b) bersenang hati (gembira). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ci.ca/] | چيچق

Definisi : binatang reptilia yg bentuk badannya seakan-akan biawak tetapi jauh lebih kecil (biasa terdapat di dlm rumah), Hemidactylus spp.. ~ kubin a. nama sj binatang reptilia, Draco volans. b. ki orang yg sangat kurus. ~ terbang nama sj binatang reptilia, Ptychozoon kuhli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cicak

Puisi
 

Anak cicak Kuala Selambah,
     Kuala Selambah molek pagi;
Abang minta adik tak ambuh,
     Adik malas berlaki lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti cicak makan kapur.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri; bersenang hati; gembira.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyamarancamouflagePeniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat RajahSekolah Rendah
penjanaan semularegenerationProses pembentukan semula tisu atau organ yang tercedera atau rosak sama ada pada tumbuhan atau haiwan. Contohnya, pembentukan semula ekor cicak yang terputus dan pertumbuhan dahan baharu pada pokok yang tercantas.Menengah Rendah
reptiliareptileHaiwan vertebrat berdarah sejuk yang mempunyai kulit keras dan bersisik kering, bernafas melalui paru-paru dan bertelur. Reptilia biasanya merupakan binatang yang menyusup dan merangkak. Contohnya, cicak, buaya dan ular.Menengah Rendah

Kembali ke atas