ciri-ciri fizikal | external features | Sifat luaran tumbuhan atau haiwan yang boleh dilihat. Contohnya, berkaki, mempunyai paruh, berakar serabut dan berbuah. | Sekolah Rendah |
sifat | property | Ciri-ciri yang dimiliki oleh sesuatu objek atau organisma. | Sekolah Rendah |
pencemaran | pollution | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera. | Menengah Rendah |
mamalia | mammal | Haiwan vertebrat yang mempunyai ciri-ciri seperti badan yang berbulu, mempunyai kelenjar susu dan induk betina yang melahirkan dan menyusukan anak. | Menengah Rendah |
fetus | foetus | Embrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas. | Menengah Rendah |
hormon seks | sex hormone | Hormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
spesies | species | Golongan haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama. | Sekolah Rendah |
tangki riak | ripple tank | Tangki yang digunakan untuk mengkaji ciri-ciri gelombang air. Lihat Rajah | Menengah Atas |
hukum Mendel | Mendel law | Hukum berkenaan prinsip genetik mengenai ciri-ciri pewarisan. | Menengah Atas |
gas berasid | acidic gas | Gas yang bersifat asid atau mempunyai ciri-ciri asid. Contohnya, karbon dioksida dan hidrogen sulfida. | Menengah Rendah |