Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cua.ca] | چواچ

Definisi : keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan, tekanan udara, dll) di sesuatu tempat pd sesuatu ketika tertentu: ~ baik; ~ gelap; ~ terang; mendengar laporan keadaan ~ melalui radio; ilmu kaji ~ pengetahuan bkn keadaan udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cua.ca] | چواچ

Definisi : keadaan udara (cahaya matahari, angin, hujan dsb) di sesuatu tempat pd ketika tertentu: ilmu kaji ~ pengetahuan ttg keadaan cuaca; kaji cuaca. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuaca

Puisi
 

Bintang di timur cuaca baik,
     Cahayanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
     Itulah budi dikenang orang.


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
cuaca melampauextreme weatherKeadaan cuaca yang sangat berbeza daripada cuaca yang biasa. Contohnya, cuaca yang terlampau panas atau terlampau sejuk.Sekolah Rendah
pemanasan globalglobal warmingFenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan.Menengah Rendah
iklimclimatePola cuaca di sesuatu kawasan tertentu dari semasa ke semasa. Iklim dipengaruhi oleh angin, suhu dan taburan hujan, keamatan cahaya, topografi dan altitud.Menengah Rendah
penyahhidratandehydrationProses pengurangan air dalam badan akibat cuaca panas atau aktiviti bersukan.Sekolah Rendah
asmaasthmaPenyakit sesak nafas yang berpunca daripada alahan, selesema dan perubahan cuaca.Menengah Atas
pemanasan globalglobal warmingProses peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh menyebabkan perubahan pada pola cuaca dan akan mengakibatkan bencana seperti tsunami dan kemarau.Sekolah Rendah
pemanasan globalglobal warmingPertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah hijau yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan ais di kutub.Menengah Atas
tekanan atmosferaatmospheric pressureTekanan pada suatu titik di kawasan permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. Tekanan atmosfera boleh diukur dengan menggunakan alat barometer atau barograf. Perubahan tekanan atmosfera memberikan petunjuk tentang perubahan cuaca.Menengah Rendah

Kembali ke atas