spesimen | specimen | Tumbuhan, haiwan, bahan galian dan sebagainya yang dijadikan bahan contoh dalam kajian sains. | Menengah Rendah |
kelekitan | stickiness | Keadaan bahan yang mudah melekat seperti kanji, air gula, dan sebagainya. | Sekolah Rendah |
plumbum | lead | Unsur logam berwarna kelabu, mulur, lembut, tahan kakis, dan digunakan sebagai bahan untuk membuat bateri storan, aloi pengimpal, penyalut kabel dan sebagainya. Unsur ini berada dalam kumpulan 14 jadual berkala. | Menengah Rendah |
termostat | thermostat | Alat yang digunakan untuk mengukur dan mengawal suhu sesuatu mesin atau ruang bagi satu nilai yang ditetapkan. Alat ini terdapat di dalam ketuhar, peti ais dan sebagainya. | Menengah Rendah |