mikroorganisma | microorganism | Organisma halus yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Di antara organisma ini termasuklah bakteria, virus, alga, protozoa dan yis. | Menengah Atas |
mikroorganisma | microorganism | Organisma seni yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Contohnya, bakteria dan virus. | Menengah Rendah |
mikroorganisma | microorganism | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Contohnya, bakteria, virus, protozoa, alga dan yis. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bakteria | bacteria | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan boleh hidup di udara, air, tanah dan di dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. | Sekolah Rendah |
fenotip | phenotype | Sifat fizikal organisma yang dapat dilihat. Sifat ini terhasil daripada saling tindakan di antara genotip dengan persekitaran. | Menengah Atas |
imej | image | Gambar objek yang sebenar dan dapat dilihat oleh mata melalui cermin atau kanta. | Sekolah Rendah |
fenomena | phenomenon | Sesuatu peristiwa atau kejadian yang dapat dilihat dan diperhatikan. | Sekolah Rendah |
bulan separa | half-moon | Peringkat bulan yang dapat dilihat dalam bentuk separuh bulatan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulan sabit | crescent moon | Peringkat bulan yang dapat dilihat dalam bentuk seperti sabit. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulan purnama | full moon | Peringkat bulan yang dapat dilihat dalam bentuk satu bulatan penuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |