Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari dan daripada


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
gas lengaiinert gasGas yang umumnya tidak reaktif, sangat stabil dari segi kimia dan terdiri daripada satu atom. Contohnya, helium dan neon.Menengah Rendah
berkas vaskularvascular bundleJalur memanjang dari akar ke daun yang terdiri daripada xilem dan floem. Berkas ini berfungsi dalam sistem pengangkutan dan sokongan.Menengah Rendah
heliumheliumGas yang tidak mudah terbakar, sangat ringan dan tidak reaktif dari segi kimia. Helium diperoleh daripada pencairan gas asli dan digunakan untuk mengisi belon udara.Menengah Rendah
sistem sarafnervous systemSistem yang terdiri daripada sel saraf yang membolehkan penyelarasan maklumat dari pelbagai sumber ke penerima dan menghasilkan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Sistem ini terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.Menengah Rendah
garamsaltBahan pepejal atau serbuk yang berwarna putih dan berasa masin. Garam diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah.Sekolah Rendah
tiub tapissieve tubeTiub di dalam tisu floem, yang terbina daripada sel tapis yang bersambung dari hujung ke hujung dan dipisahkan oleh plat tapis, berfungsi dalam pengangkutan sebatian organik terutamanya gula ke seluruh bahagian tumbuhan.Menengah Atas
larvalarvaSatu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat RajahMenengah Rendah
arteriarterySalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas