Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari daripada

Peribahasa

Mengaji daripada alif,
     membilang daripada esa;
sakit bermula,
     mati bersebab,
hujan berpokok,
     kata berpangkal.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif).

 

Lihat selanjutnya...(9)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
migrasimigrationPerpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya.Menengah Atas
garamsaltBahan pepejal atau serbuk yang berwarna putih dan berasa masin. Garam diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah.Sekolah Rendah
larvalarvaSatu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. Lihat RajahMenengah Rendah
sistem sarafnervous systemSistem yang terdiri daripada sel saraf yang membolehkan penyelarasan maklumat dari pelbagai sumber ke penerima dan menghasilkan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Sistem ini terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.Menengah Rendah
berkas vaskularvascular bundleJalur memanjang dari akar ke daun yang terdiri daripada xilem dan floem. Berkas ini berfungsi dalam sistem pengangkutan dan sokongan.Menengah Rendah
bayu lautsea breezePergerakan udara dari laut ke daratan disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan yang berhampiran. Lihat RajahMenengah Rendah
bayu daratland breezePergerakan udara dari daratan ke laut disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih panas daripada daratan yang berhampiran. Lihat RajahMenengah Rendah
dalam ketaraapparent depthUkuran kedalaman cecair yang kelihatan kurang daripada kedalaman yang sebenar apabila dipandang dari atas. Keadaan ini disebabkan oleh biasan cahaya. Nisbah dalam nyata terhadap dalam ketara memberikan nilai indeks biasan cecair tersebut.Menengah Atas
tenaga geotermageothermal energyTenaga yang terhasil akibat haba yang diperoleh dari dalam bumi. Contohnya, tenaga daripada air panas yang keluar ke permukaan bumi.Menengah Rendah
pengklonancloningProses menghasilkan sekumpulan sel atau organisma yang serba serupa dari segi genetik yang terhasil daripada sel induk melalui pembiakan aseksual.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas