darjah Celsius | degree Celsius | Unit metrik untuk menyukat suhu. Simbolnya, °C. | Sekolah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan sesuatu jasad. Suhu diukur dengan menggunakan termometer. | Menengah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu bahan atau objek dan boleh disukat menggunakan termometer atau dapat dirasai melalui sentuhan. | Sekolah Rendah |
suhu | temperature | Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu jasad, contohnya, skala celsius, kelvin atau fahrenheit. Suhu diukur dengan menggunakan termometer. | Menengah Atas |
kelangsingan | pitch | Darjah tinggi atau rendahnya nada suara atau bunyi yang bergantung pada frekuensi. | Menengah Atas |
kejituan | accuracy | Darjah kehampiran nilai pengukuran kepada nilai yang sebenar. | Menengah Atas |
kompas | compass | Alat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur. | Menengah Rendah |