daya tak seimbang | unbalanced force | Daya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem, dan menghasilkan satu daya paduan. Objek atau sistem tersebut memecut ke arah daya paduan yang terhasil. | Menengah Atas |
daya seimbang | balanced force | Daya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem yang menghasilkan daya paduan sifar. | Menengah Atas |
daya lekatan | adhesion force | Daya tarikan antara dua molekul yang berbeza. Contohnya, daya antara molekul air dengan dinding kapilari xilem. | Menengah Atas |
daya geseran | frictional force | Daya yang bertindak di antara dua permukaan yang bersentuhan. Daya ini bertindak dalam arah yang bertentangan. | Menengah Rendah |
daya paduan | resultant force | Daya tunggal yang dihasilkan oleh hasil tambah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek. | Menengah Atas |
daya impuls | impulsive force | Daya yang terhasil apabila berlakunya perubahan momentum, yang berlaku pada masa yang singkat. Contohnya, daya dalam pelanggaran di antara dua jasad. | Menengah Atas |
momen daya | moment of a force | Ukuran kecenderungan daya untuk memutarkan jasad yang dikenakan daya itu. | Menengah Rendah |
daya intramolekul | intramolecular force | Daya ikatan kimia yang hadir di antara atom molekul, termasuk ikatan kovalen dan ikatan ionik. Daya ini mempengaruhi sifat-sifat kimia dan sifat-sifat fizikal. | Menengah Atas |
tindakan kapilari | capillary action | Pergerakan bendalir melalui satu tiub halus akibat daya lekitan dan daya lekatan. | Menengah Atas |
cecair | liquid | Keadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap. | Menengah Rendah |