Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ria] | دريا

Definisi : alat perasa (pencium, pendengaran, pe­lihatan, dll): ~ bau; ~ dengar; menderia mengesan (bau, rasa, dsb): hidung ialah alat ~ bau di bahagian kepala; kederiaan peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~; deriaan kesan drpd menderia; penderia alat yg dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb, sensor: cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ria] | دريا

Definisi : kemampuan utk mengetahui keadaan melalui sentuhan, penglihatan, pendengaran, penciuman dan kecapan. penderia alat yg dpt mengesan atau mengukur perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dsb; sensor: Cahaya yg keluar dr lampu itu akan dihitung oleh ~ kuasa automatik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata deria


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
organ deriasense organsOrgan yang berfungsi menerima rangsangan dalaman dan luaran, iaitu mata sebagai deria penglihatan, telinga sebagai deria pendengaran, hidung sebagai deria bau, kulit sebagai deria sentuh dan lidah sebagai deria rasa.Sekolah Rendah
deriasenseStruktur atau organ yang digunakan untuk menyentuh, melihat, mendengar, menghidu dan merasa dengan lidah.Sekolah Rendah
neuron deriasensory neuroneNeuron yang membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf.Menengah Atas
organ deriasensory organOrgan yang dapat mengesan rangsangan kerana kehadiran sel-sel saraf. Contohnya, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.Menengah Rendah
reseptorreceptorOrgan deria atau sel saraf yang berfungsi untuk mengesan rangsangan.Menengah Atas
lidahtongueOrgan berotot pada lantai mulut yang berfungsi sebagai deria rasa, membantu menggerakkan makanan semasa mengunyah atau menelan dan membantu proses pertuturan.Menengah Rendah
kontrascontrastPerbezaan antara dua keadaan yang dapat dikesan oleh deria.Menengah Rendah
neuron perantaraanrelay neuroneNeuron yang menghubungkan isyarat daripada neuron deria ke neuron motor.Menengah Atas
anginwindUdara yang bergerak dengan halaju tertentu yang boleh dirasai melalui deria kulit tetapi tidak boleh dilihat.Menengah Rendah
kotak hitamblack boxSebuah kotak yang digunakan dalam eksperimen. Kotak ini digunakan oleh murid untuk meneka objek yang terkandung di dalamnya menggunakan semua deria. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas