rasa | taste | Perihal sesuatu yang dialami oleh lidah apabila bersentuh dengan sesuatu. Contohnya, rasa manis, pahit, masam dan masin. | Menengah Rendah |
pertumbuhan | growth | Proses semula jadi yang dialami oleh benda hidup seperti pertambahan saiz dan perubahan bentuk. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alergi | allergy | Kerentanan atau kesensitifan luar biasa yang dialami apabila seseorang terdedah kepada sesuatu alergen. | Menengah Atas |
daya magnet | magnetic force | Daya tarikan atau tolakan yang dialami oleh objek yang berada dalam medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sindrom prahaid (PMS) | premenstrual syndrome | Tanda-tanda atau gejala fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh wanita sebelum bermulanya haid. | Menengah Atas |