Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diet] | ديئت

Definisi : 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk se­seorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll): ~ seimbang; pakar ~ pakar dlm kajian saintifik tentang pengambilan, penyediaan, dan pe­ngawalan makanan; berdiet makan dan minum mengikut per­aturan yg ditetapkan: dia terpaksa ~ utk me­ngurangkan berat badannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diet] | ديئت

Definisi : /diét/ 1 makanan dan minuman biasa yg dimakan oleh manusia atau binatang. 2 makanan yg dihadkan utk seseorang atas sebab-sebab kesihatan. 3 = berdiet berpantang atau mengehadkan makanan tertentu; membatasi makanan: Dia ~ kerana ingin mengekalkan bentuk badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diet


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dietdietPengambilan makanan oleh seseorang individu.Sekolah Rendah
diet seimbangbalanced dietKomposisi makanan yang mengandungi semua kelas makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, pelawas, garam mineral dan air. Diet seimbang dikenali juga sebagai gizi seimbangMenengah Atas
diet seimbangbalanced dietKomposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu.Menengah Rendah
diet seimbangbalanced dietMakanan yang mengandungi semua kumpulan zat makanan pada kadar yang cukup dan sesuai untuk menjalankan fungsi badan.Sekolah Rendah
gizidietJenis, zat dan kuantiti pelbagai jenis makanan yang dimakan oleh manusia.Sekolah Rendah
makanan seimbangbalanced dietMakanan yang mempunyai semua zat seperti protein, karbohidrat, lemak, air dan vitamin yang cukup, yang diperlukan oleh badan.Sekolah Rendah
gizi seimbangbalanced dietGizi yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, galian, garam mineral dan air untuk memastikan kesihatan yang baik. Lihat RajahSekolah Rendah
kwasyiorkorkwashiorkorPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut.Menengah Atas
sembelitconstipationKesukaran membuang air besar kerana kekurangan air dan serat dalam diet.Menengah Rendah
goitergoitrePembesaran kelenjar tiroid yang menyebabkan bengkak di bahagian leher akibat kekurangan iodin dalam diet.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas