virus | virus | Mikroorganisma yang paling kecil dan dikelilingi oleh lapisan protein yang boleh menjangkiti dan membiak dalam objek yang dijangkitinya. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
vesikel | vesicle | Rongga kecil atau kantung yang mengandungi hasil metabolisme, dikelilingi membran, dan mungkin terdapat di dalam sitoplasma sel atau organel. | Menengah Atas |
umbisi | corm | Dasar batang yang bersaiz besar, pejal, beruas pendek dan dikelilingi oleh lapisan sisik atau daun. Contohnya, bawang. | Menengah Rendah |
gelung Henle | loop of Henle | Bahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sel haiwan | animal cell | Unit asas pada haiwan yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma yang dikelilingi oleh membran sel. | Menengah Rendah |
atom | atom | Zarah terkecil bagi sesuatu unsur. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron. Nukleus pula dikelilingi oleh elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
empulur | pith | Bahagian tengah batang tumbuhan, yang berbentuk silinder, lazimnya lembut, dan biasanya terdiri daripada tisu parenkima. Bahagian yang dikelilingi oleh tisu vaskular ini berfungsi sebagai penyimpan makanan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
atom | atom | Zarah terkecil bagi unsur, yang tidak boleh dibelah bahagi. Atom mengandungi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron, dan nukleus pula dikelilingi elektron. Nukleus bercas positif dan elektron bercas negatif. Lihat Rajah | Menengah Atas |
Matahari | Sun | Bintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer. | Menengah Rendah |