Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
titik pampasancompensation pointTakat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis.Menengah Atas
buahfruitBahagian yang berisi, yang dikeluarkan oleh pokok atau tumbuhan lain. Biasanya buah mengandungi biji benih.Sekolah Rendah
tinjafaecesBahan yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan dikeluarkan melalui dubur.Sekolah Rendah
bahan buangan kimiachemical wasteBahan buangan daripada proses kimia dan biasanya dikeluarkan oleh kilang dan bidang pertanian.Sekolah Rendah
usus besarlarge intestineUsus yang berfungsi untuk menyalurkan sisa-sisa makanan untuk dikeluarkan sebagai najis. Lihat RajahSekolah Rendah
bahan buanganwaste productBahan yang terhasil daripada proses kimia yang tidak boleh digunakan dan perlu dikeluarkan daripada tubuh. Contohnya, urea dan karbon dioksida.Menengah Rendah
bahan buanganwaste productBahan yang terhasil daripada proses biokimia, yang tidak boleh digunakan dan perlu dikeluarkan daripada tubuh.Menengah Atas
duburanusBukaan pada hujung salur makanan yang merupakan laluan saki-baki makanan yang tidak tercerna dan bahan-bahan yang tidak perlu, untuk dikeluarkan dari badan.Menengah Atas
karbon monoksidacarbon monoxideGas yang tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil daripada tindak balas pembakaran karbon yang tidak lengkap. Karbon monoksida banyak dikeluarkan daripada asap kenderaan dan sangat berbahaya.Menengah Rendah

Kembali ke atas