siratan makanan | food web | Gabungan beberapa rantai makanan. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan tikus. Burung pipit pula dimakan oleh ular manakala tikus dimakan oleh burung hantu dan ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rantai makanan | food chain | Hubungan makanan antara hidupan dalam satu habitat. Contohnya, padi dimakan oleh burung pipit dan burung pipit dimakan pula oleh ular. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mangsa | prey | Haiwan yang dimakan oleh haiwan lain. Contohnya, katak merupakan mangsa bagi ular. | Menengah Rendah |
tercemar | contaminated | Keadaan bahan yang tidak selamat digunakan atau dimakan kerana dicemari oleh mikroorganisma atau bahan yang beracun. Contohnya, makanan yang telah rosak. | Sekolah Rendah |
gizi | diet | Jenis, zat dan kuantiti pelbagai jenis makanan yang dimakan oleh manusia. | Sekolah Rendah |
tabiat makan | eating habits | Pola pemakanan dan jenis makanan yang cenderung dimakan oleh organisma. | Menengah Rendah |
tabiat makan | eating habit | Pola pemakanan dan jenis makanan yang biasanya dimakan oleh seseorang. | Menengah Atas |
cendawan | mushroom | Tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berakar dan membiak melalui spora. Sesetengah cendawan tidak boleh dimakan kerana beracun. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
heterotrof | heterotroph | Cara pemakanan, iaitu apabila organisma memperoleh tenaga daripada pengambilan dan pencernaan sebatian organik tumbuhan dan haiwan yang dimakan. Semua haiwan memperoleh makanan melalui cara ini. | Menengah Rendah |