mikronutrien | micronutrient | Nutrien yang diperlukan dengan jumlah yang kecil bagi kesempurnaan hidup sesuatu organisma. Mikronutrien merangkumi unsur surih. | Menengah Atas |
makronutrien | macronutrient | Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dalam jumlah yang banyak. Terdapat sembilan makronutrien, iaitu kalsium, magnesium, kalium, karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur dan fosforus. | Menengah Atas |
bahan kimia | chemicals | Bahan yang diperlukan dalam tindak balas kimia atau yang terhasil daripada tindak balas kimia. | Sekolah Rendah |
agen kontang | anhydrous agent | Bahan yang diperlukan untuk proses penyingkiran air. Contohnya, kalsium klorida kontang. | Menengah Atas |
vitamin | vitamin | Bahan organik yang sangat penting diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Jenis-jenis vitamin ialah vitamin A, B, C, D, E dan K. | Menengah Rendah |
perkumuhan | excretion | Proses menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan lagi oleh badan (bahan kumuh) melalui ginjal, kulit dan paru-paru. | Menengah Rendah |
keperluan asas | basic needs | Bahan asas yang diperlukan oleh benda hidup. Contohnya, makanan, tempat tinggal, air dan udara. | Sekolah Rendah |
kekurangan nutrien | nutrient deficiency | Kuantiti nutrien yang diperlukan oleh organisma tidak mencukupi. | Menengah Atas |
sumber tenaga | source of energy | Bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga. Contohnya, sel kering dan solar. | Sekolah Rendah |
bahan buangan organik | organic waste | Bahan yang tidak diperlukan sebagai bekalan nutrien badan dan tumbuhan. Contohnya, najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan mati. | Sekolah Rendah |