Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hujan asidacid rainHujan yang terbentuk disebabkan air hujan mengandungi asid nitrik dan asid sulfurik. Pembentukannya disebabkan pencampuran air hujan dengan gas cemar udara seperti gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida yang melarut dalam air hujan.Menengah Rendah
hemoglobin abnormalabnormal haemoglobinMolekul hemoglobin yang berbeza bentuk disebabkan oleh jujukan asid amino yang diubah suai (biasanya disebabkan oleh jujukan asas DNA yang terubah suai), seperti pada penyakit warisan, iaitu anemia sel sabit.Menengah Atas
kesan rumah hijaugreen house effectFenomena yang disebabkan oleh peningkatan suhu bumi akibat pemerangkapan haba dan karbon dioksida. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera.Menengah Rendah
skurviscurvyPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Penyakit ini boleh menyebabkan pendarahan pada gusi.Menengah Rendah
kwasyiorkorkwashiorkorPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam makanan. Antara gejala penyakit ini ialah abdomen membengkak, pertumbuhan yang terbantut dan kecacatan perkembangan otak. Lihat RajahMenengah Rendah
kansercancerPenyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal. Kanser mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain.Menengah Rendah
influenzainfluenzaPenyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. Lihat RajahSekolah Rendah
begukmumpsPenyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. Lihat RajahSekolah Rendah
marasmusmarasmusPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan apabila tidak ada protein dan nutrien pembekal tenaga yang mencukupi dalam diet.Menengah Atas
kwasyiorkorkwashiorkorPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut.Menengah Atas
1234567

Kembali ke atas