hemoglobin abnormal | abnormal haemoglobin | Molekul hemoglobin yang berbeza bentuk disebabkan oleh jujukan asid amino yang diubah suai (biasanya disebabkan oleh jujukan asas DNA yang terubah suai), seperti pada penyakit warisan, iaitu anemia sel sabit. | Menengah Atas |
kesan rumah hijau | green house effect | Fenomena yang disebabkan oleh peningkatan suhu bumi akibat pemerangkapan haba dan karbon dioksida. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera. | Menengah Rendah |
skurvi | scurvy | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C. Penyakit ini boleh menyebabkan pendarahan pada gusi. | Menengah Rendah |
kwasyiorkor | kwashiorkor | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam makanan. Antara gejala penyakit ini ialah abdomen membengkak, pertumbuhan yang terbantut dan kecacatan perkembangan otak. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kanser | cancer | Penyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal. Kanser mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain. | Menengah Rendah |
influenza | influenza | Penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
beguk | mumps | Penyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
marasmus | marasmus | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan apabila tidak ada protein dan nutrien pembekal tenaga yang mencukupi dalam diet. | Menengah Atas |
kwasyiorkor | kwashiorkor | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut. | Menengah Atas |
panau | tinea | Penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, mengakibatkan tompok putih pada kulit dan menimbulkan rasa gatal. Lihat Rajah | Menengah Atas |