interferens membina | constructive interference | Fenomena yang berlaku apabila dua puncak gelombang atau dua lembangan gelombang koheren bertindih secara serentak, menghasilkan amplitud bersamaan gabungan vektor kedua-dua amplitud gelombang asal. | Menengah Atas |
jarak | distance | Panjang di antara dua titik atau dua tempat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
tindak balas penambahan | addition reaction | Tindak balas kimia dengan satu molekul ditambah pada dua atom karbon ganda dua. | Menengah Atas |
meiosis | meiosis | Pembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid. | Menengah Atas |
heliks ganda dua | double helix | Lingkaran yang dibentuk oleh dua rantai polimer seperti nukleotida. Contohnya, asid deoksiribonukleik (DNA). | Menengah Atas |
simbiosis | symbiosis | Perkaitan hidup di antara dua lebih organisma yang berlainan spesies istilah ini merujuk perkaitan yang memanfaatkan kedua-dua spesies tersebut. | Menengah Atas |
persenyawaan ganda dua | double fertilization | Proses persenyawaan dalam tumbuhan angiosperma di mana satu gamet jantan akan bercantum dengan sel telur membentuk zigot diploid, manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid. | Menengah Atas |
angiosperma | angiosperm | Kumpulan tumbuhan berbunga, iaitu salah satu daripada dua subdivisi Spermatophyta (tumbuhan berbiji), mempunyai ovul yang terlindung di dalam ovari dan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu monokotiledon dan dikotiledon. | Menengah Atas |
cas elektrik | electric charge | Zarah asas positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui tindak balas elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain. | Menengah Atas |
bateri | battery | Dua atau lebih sel yang disusun secara bersiri atau selari untuk menghasilkan daya gerak elektrik. | Menengah Rendah |