epidermis | epidermis | Lapisan sel paling luar pada tumbuhan, haiwan dan manusia. Pada tumbuhan, epidermis merupakan lapisan sel rata paling luar yang menutupi dan melindungi semua bahagian tumbuhan. | Menengah Rendah |
epidermis | epidermis | Satu atau lebih lapisan sel yang membentuk bahagian paling luar kulit atau lapisan atas pada tumbuhan, haiwan dan manusia. | Menengah Atas |
mesofil | mesophyll | Tisu parenkima yang terdapat di antara epidermis atas dengan epidermis bawah daun. Tisu ini terbahagi kepada dua lapisan, iaitu lapisan palisad dan lapisan mesofil span. | Menengah Atas |
sel pengawal | guard cell | Sel epidermis khusus berbentuk sabit yang mengelilingi stoma. Lihat Rajah | Menengah Atas |
lentisel | lenticel | Liang yang menembusi epidermis batang atau akar. Liang ini terbina daripada longgokan sel gabus yang tersusun longgar untuk memudahkan pertukaran gas di antara udara dengan sel batang atau akar. | Menengah Atas |
dermis | dermis | Lapisan tisu bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, kelenjar peluh dan saluran limfa. Lihat Rajah | Menengah Atas |
liang peluh | sweat pore | Bukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
keratin | keratin | Protein gentian yang terdapat dalam epidermis vertebrata yang membentuk lapisan kulit, rambut, kuku, tanduk dan sisik. | Menengah Atas |
sel pengawal | guard cell | Sel yang mengelilingi stoma pada epidermis tumbuhan. Sel ini mengawal saiz bukaan stoma apabila perubahan kesegahan sel berlaku. Sel ini mengandungi kloroplas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kutikel | cuticle | 1. Lapisan berlilin yang menyelaputi permukaan luar epidermis pada batang dan daun tumbuh-tumbuhan. 2. Bahagian luar yang keras yang menyelaputi organisma tertentu seperti artropod dan penyu. Lihat Rajah | Menengah Atas |