etanol | ethanol | Sejenis alkohol yang berbentuk cecair, tidak berwarna, takat didih 78°C, takat beku -117°C dan larut campur dalam air, kloroform, aseton dan eter. Etanol digunakan sebagai pelarut organik dan untuk membuat bahan organik lain seperti etena. | Menengah Rendah |
alkohol | alcohol | Sebatian organik yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Contohnya, metanol, etanol, propanol dan butanol. Alkohol digunakan sebagai pelarut, bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan organik lain. Formulanya, CnH2n +1OH. | Menengah Atas |
alkohol | alcohol | Sebatian organik yang tidak berwarna dan mudah terbakar. Contoh alkohol ialah metanol, etanol, propanol dan butanol. Alkohol digunakan sebagai pelarut, bahan api dan bahan asas bagi penyediaan sebatian organik lain. | Menengah Rendah |
formula molekul | molecular formula | Formula yang menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat di dalam sesuatu molekul. Contohnya, formula molekul benzena ialah C6H6 dan etanol C2H5OH. | Menengah Atas |