kloroform | chloroform | Cecair tidak berwarna yang mempunyai bau eter yang khas. Kloroform merupakan bahan anestetik, pelarut untuk lemak, minyak, resin, getah dan bahan lain. | Menengah Rendah |
asid asetik | acetic acid | Asid yang tidak berwarna, berbau sengit, dan bersifat mengkakis, larut campur dalam air, alkohol dan eter. Ia digunakan sebagai cuka. Formulanya, CH3COOH. | Menengah Atas |
benzena | benzene | Sebatian hidrokarbon aromatik, berbentuk cecair, tidak berwarna, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, dan asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Formulanya, C6 H6. | Menengah Atas |
gliserol | glycerol | Cecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik. | Menengah Rendah |
etanol | ethanol | Sejenis alkohol yang berbentuk cecair, tidak berwarna, takat didih 78°C, takat beku -117°C dan larut campur dalam air, kloroform, aseton dan eter. Etanol digunakan sebagai pelarut organik dan untuk membuat bahan organik lain seperti etena. | Menengah Rendah |
nikotina | nicotine | Sebatian yang berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara dan takat didih 247°C. Nikotina terdapat semula jadi dalam tembakau dan larut dalam air, alkohol, kloroform dan eter. Nikotina boleh menyebabkan ketagihan. | Menengah Rendah |