fenomena alam | natural phenomenon | Kejadian yang berlaku secara semula jadi. Contohnya,letusan gunung berapi, banjir dan hakisan. | Menengah Rendah |
fenomena | phenomenon | Sesuatu peristiwa atau kejadian yang dapat dilihat dan diperhatikan. | Sekolah Rendah |
prominens | prominence | Fenomena gelung besar gas bercahaya yang berlaku di permukaan matahari. | Menengah Rendah |
jerebu | haze | Fenomena alam sekeliling yang berlaku apabila udara mengandungi bahan pencemar seperti asap dan habuk halus pada kepekatan yang tinggi sehingga menjejaskan jarak penglihatan. | Menengah Rendah |
aurora | aurora | Fenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
gerhana | eclipse | Fenomena yang berlaku apabila bumi atau bulan terlindung daripada cahaya matahari sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya. | Sekolah Rendah |
interferens | interference | Fenomena yang wujud apabila dua gelombang yang koheren bertindih dan merambat melalui kawasan yang sama. | Menengah Atas |
graviti | gravity | Fenomena daya yang bertindak ke atas jasad ke arah pusat bumi. | Menengah Atas |
gelombang | wave | Fenomena fizik yang dihasilkan oleh getaran dan ia memindahkan tenaga tanpa membawa zarah medium semasa perambatan. | Menengah Atas |
belauan | diffraction | Fenomena yang dikesan apabila gelombang air, bunyi dan cahaya tersebar selepas menerusi celah atau halangan. Contohnya, gelombang air. Lihat Rajah | Menengah Atas |