fizik | physics | Ilmu sains yang mengkaji fenomena alam semula jadi serta sifat-sifat jirim dan tenaga seperti haba, cahaya, bunyi, graviti, kemagnetan dan perkaitan antara semua sifat tersebut. | Menengah Rendah |
kuantiti fizik | physical quantity | Kuantiti yang boleh diukur. | Menengah Rendah |
kuantiti fizik | physical quantity | Kuantiti fizikal sesuatu bahan yang boleh diukur. | Menengah Atas |
gelombang | wave | Fenomena fizik yang dihasilkan oleh getaran dan ia memindahkan tenaga tanpa membawa zarah medium semasa perambatan. | Menengah Atas |
termokimia | thermochemistry | Cabang kimia fizik yang berkaitan tenaga diserap atau dibebaskan dengan perubahan tenaga semasa tindak balas kimia. | Menengah Atas |
kuantiti terbitan | derived quantity | Gabungan kuantiti fizik asas melalui operasi pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya. Contohnya, isi padu, laju dan pecutan. | Menengah Atas |
magnitud | magnitude | Nilai bernombor bagi suatu kuantiti fizik. | Menengah Atas |
pencemaran | pollution | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera. | Menengah Rendah |
kuantiti asas | base quantity | Kuantiti fizikal yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti fizik yang lain. | Menengah Atas |
troli | trolley | Blok kecil beroda daripada aluminium atau kayu yang digunakan dalam uji kaji fizik untuk mengkaji ciri gerakan sesuatu objek dan menjelaskan konsep momentum. Lihat Rajah | Menengah Atas |