Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fi.zi.kal] | فيزيکل

Definisi : 1. bkn badan, jasmani: latihan ~; 2. bkn kebendaan atau keadaan alam semula jadi: geografi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fi.zi.kal] | فيزيکل

Definisi : 1 ttg badan (yg berlawanan dgn moral atau rohani); jasmani: kekuatan ~. 2 ttg keadaan alam semula jadi: geografi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fizikal


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
perubahan fizikalphysical changeProses perubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan. Perubahan fizikal pada sesuatu bahan tidak akan mengubahkan keadaan kimianya. Contohnya, perubahan air kepada ketulan ais.Menengah Rendah
perubahan fizikalphysical changePerubahan pada sifat-sifat fizikal sesuatu bahan seperti bentuk, saiz, warna, jisim dan ketumpatan.Menengah Atas
sifat fizikalphysical propertyCiri sesuatu bahan seperti warna, takat lebur, takat didih dan ketumpatan yang boleh ditentukan tanpa mengubah komposisi kimianya.Menengah Atas
keadaan fizikalphysical stateBentuk kewujudan sesuatu bahan. Terdapat tiga keadaan jirim sesuatu bahan, iaitu pepejal, cecair dan gas.Menengah Atas
ciri-ciri fizikalexternal featuresSifat luaran tumbuhan atau haiwan yang boleh dilihat. Contohnya, berkaki, mempunyai paruh, berakar serabut dan berbuah.Sekolah Rendah
ketagihanaddictionKebergantungan fizikal atau psikologi atau kedua-duanya pada sesuatu bahan terutamanya terhadap alkohol atau dadah.Menengah Rendah
jirimmatterUnsur fizikal yang mempunyai bentuk tertentu dan memenuhi ruang. Jirim wujud dalam bentuk pepejal, cecair dan gas. Jumlah jirim bagi sesuatu bahan boleh disukat dari segi jisimnya dalam unit kg. Lihat RajahSekolah Rendah
radanginflammationKeadaan fizikal setempat yang memperlihatkan bahagian badan menjadi kemerah-merahan, bengkak, panas dan kesakitan yang lain, sebagai reaksi terhadap kecederaan atau jangkitan.Menengah Atas
fenotipphenotypeSifat fizikal organisma yang dapat dilihat. Sifat ini terhasil daripada saling tindakan di antara genotip dengan persekitaran.Menengah Atas
kuantiti fizikphysical quantityKuantiti fizikal sesuatu bahan yang boleh diukur.Menengah Atas
123

Kembali ke atas