Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fo.to.sin.te.sis] | فوتوسينتسيس

Definisi : (Bio) sintesis sebatian organik drpd karbon dioksida dan air dgn menggunakan tenaga suria yg diserap oleh klorofil; memfotosintesiskan menukarkan karbon dan air menjadi makanan melalui proses fotosintesis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fo.to.sin.te.sis] | فوتوسينتسيس

Definisi : /fotosintésis/ ist proses membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan dgn adanya cahaya matahari dan klorofil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fotosintesis


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
fotosintesisphotosynthesisProses penghasilan gula, oksigen dan air oleh tumbuh-tumbuhan hijau dengan kehadiran karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Lihat RajahMenengah Rendah
fotosintesisphotosynthesisProses membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan dengan adanya cahaya matahari, karbon dioksida, klorofil dan air. Lihat RajahSekolah Rendah
fotosintesisphotosynthesisProses biokimia tumbuh-tumbuhan yang mengandungi klorofil mensintesis sebatian organik daripada karbon dioksida dan air, dengan kehadiran cahaya.Menengah Atas
titik pampasancompensation pointTakat keamatan cahaya apabila jumlah karbon dioksida yang dikeluarkan semasa respirasi sama dengan jumlah karbon dioksida yang digunakan dalam fotosintesis, dan jumlah oksigen yang digunakan semasa respirasi sama dengan jumlah oksigen yang dikeluarkan semasa fotosintesis.Menengah Atas
tindak balas gelapdark reactionPeringkat fotosintesis yang berlaku ketika ketiadaan cahaya, melibatkan penurunan karbon dioksida dan penceraian air, menggunakan tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP.Menengah Atas
tindak balas cahayalight reactionPeringkat fotosintesis yang berlaku apabila tenaga cahaya diserap oleh klorofil dan berubah menjadi tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP.Menengah Atas
glukosaglucoseGula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat.Menengah Rendah
daunleafBahagian tumbuhan yang terlibat dalam proses fotosintesis kerana ia mengandungi klorofil.Menengah Rendah
glukosaglucoseGula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. Formulanya, C6H12O6 .Menengah Atas
pengeluarproducerOrganisma autotrof, biasanya tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis dalam ekosistem, yang mensintesis bahan organik daripada bahan bukan organik.Menengah Atas
12

Kembali ke atas