gamet | gamete | Sel pembiakan yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina. Percantuman antara kedua-dua gamet menghasilkan zigot. | Menengah Rendah |
persenyawaan | fertilization | Proses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu. | Menengah Rendah |
sel pembiakan | reproductive cell | Sel yang terdiri daripada gamet jantan dan gamet betina yang terlibat dalam proses persenyawaan. | Menengah Rendah |
pembiakan seks | sexual reproduction | Pembiakan yang melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot. | Menengah Rendah |
zigot | zygote | Sel yang terbentuk hasil daripada persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
konjugasi | conjugation | Proses pembiakan seksual dalam alga dan kulat tertentu, berlaku secara gabungan sementara atau kekal yang menyebabkan penyatuan antara gamet jantan dan gamet betina. | Menengah Atas |
persenyawaan ganda dua | double fertilization | Proses persenyawaan dalam tumbuhan angiosperma di mana satu gamet jantan akan bercantum dengan sel telur membentuk zigot diploid, manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid. | Menengah Atas |
sperma | sperm | Gamet yang dihasilkan oleh haiwan jantan dan individu lelaki. | Menengah Rendah |
ovum | ovum | Sel pembiakan atau gamet betina yang belum disenyawakan.Ovum dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
debunga | pollen | Butir halus yang mengandungi gamet (sel pembiakan) jantan. Debunga dihasilkan oleh anter tumbuhan berbunga. | Menengah Rendah |