air suling | distilled water | Air yang diperoleh melalui proses penyulingan, bebas daripada garam-garam terlarut dan sebatian lain. | Menengah Rendah |
air liat | hard water | Air yang mengandungi garam kalsium dan garam magnesium, dan tidak mudah membentuk buih apabila bertindak balas dengan sabun. Terdapat dua jenis air liat, iaitu air liat sementara dan air liat kekal. | Menengah Atas |
garam ammonium | ammonium salt | Garam yang mengandungi ion NH4+ yang terbentuk daripada tindak balas peneutralan asid dengan ammonium hidroksida atau ammonia (NH3 ). | Menengah Atas |
garam kuprum(II) karbonat | cooper II carbonate salt | Garam tak terlarut berwarna hijau yang membebaskan gas karbon dioksida apabila dipanaskan. Formulanya, CuCO3. | Menengah Atas |
garam | salt | Bahan pepejal atau serbuk yang berwarna putih dan berasa masin. Garam diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah. | Sekolah Rendah |
garam | salt | Sebatian yang terhasil melalui tindak balas peneutralan antara asid dengan alkali. Contohnya, asid hidroklorik bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida untuk membentuk garam natrium klorida dan air. | Menengah Rendah |
amfoterik | amphoteric | Sebatian yang berkeupayaan untuk bertindak sebagai asid dan bes. Contohnya, aluminium oksida meneutralkan asid lalu membentuk garam aluminium dan air, serta berfungsi sebagai asid apabila larut dalam alkali untuk membentuk garam aluminat. | Menengah Atas |
alum | alum | Garam sulfat berganda bagi logam seperti natrium dan kalium, digunakan sebagai bahan dalam pewarna, pengeras simen, ubat, bahan kalis api dan untuk menjernihkan air. Alum dikenali juga sebagai tawas. | Menengah Rendah |
sianida | cyanide | Garam tak organik yang sangat beracun dan mengandungi ion sianida (CN-). | Menengah Atas |
fosfat | phosphate | Garam asid yang mengandungi unsur oksigen dan fosforus, iaitu PO43- . | Menengah Atas |