Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn memati­kan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lap] | ݢلڤ

Definisi : 1 tidak ada cahaya; tidak terang; kelam: Buka tingkap supaya bilik itu tidak ~. 2 belum jelas atau belum difahami benar: Perkara itu masih ~ bagi saya. 3 tidak menurut peraturan atau undang-undang yg berlaku; tidak sah di sisi undang-undang; rahsia: Pemuda itu disyaki mengepalai sebuah kumpulan ~. ~ fikiran (mata) lupa akan diri atau tidak dpt membezakan antara yg baik dgn yg buruk kerana terpengaruh oleh sesuatu (terlalu marah, melihat wang yg banyak, mendapat sogokan, upah dll). ~ gelita (pekat, buta) gelap benar sehingga tidak kelihatan apa-apa. bergelap berada atau duduk dlm gelap; tidak menyalakan lampu (pd waktu malam): Mereka terpaksa ~ kerana takut dilihat oleh pihak musuh. bergelap-gelap tidak dgn berterang-terang; bersulit-sulit. menggelapkan 1 menjadikan gelap dgn memadamkan lampu dll: Ribut debu yg menerbangkan tanah bahagian atas dataran ini ~ angkasa. 2 mencuri apa-apa yg diamanahkan: Dia telah dihukum penjara kerana ~ wang kerajaan. kegelapan 1 keadaan gelap: Hanya sebelah muka bulan itu saja yg terang pd bila-bila masa dan yg sebelah lagi itu sentiasa dlm ~. 2 tertimpa atau terkena gelap: Pulanglah sekarang supaya tidak ~ di jalan. 3 menjadi gelap mata kerana terlalu marah dll: Mendengar khabar itu, ia pun ~. penggelapan perbuatan menggelapkan (memadamkan lampu, mencuri dsb): ~ pd malam itu adalah utk mengelakkan pengeboman dr kapal terbang musuh. Orang-orang yg terlibat dlm ~ barang-barang itu telah ditangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelap

Puisi
 

Gelap sungguh di tengah malam,
     Kerana bulan belum purnama;
Ramai sungguh orang di laman,
     Saya tak tahu datang dari mana.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Muafakat lalu di dalam gelap,
     adat lalu di tengah terang.

Bermaksud :

Seia-sekata melakukan pekerjaan yang berat-berat dan patuh pada peraturan-peraturan yang telah ditentukan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tindak balas gelapdark reactionPeringkat fotosintesis yang berlaku ketika ketiadaan cahaya, melibatkan penurunan karbon dioksida dan penceraian air, menggunakan tenaga kimia yang disimpan di dalam ATP.Menengah Atas
bayang-bayangshadowBahagian gelap yang terbentuk apabila objek legap menghalang sinaran cahaya. Lihat RajahSekolah Rendah
hatiliverOrgan berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hati berfungsi menghasilkan hempedu dan menyingkirkan bahan-bahan toksik dari badan.Menengah Rendah
melaninmelaninPigmen berwarna perang gelap yang biasanya terdapat dalam retina, kulit, dan rambut haiwan albino.Menengah Atas
tompok mataharisunspotBahagian atau kawasan gelap pada permukaan matahari kerana ia lebih sejuk. Tompok matahari disebabkan oleh gangguan magnetik pada permukaan matahari.Menengah Rendah
bitumenbitumenBahan berasaskan petroleum yang berbentuk pepejal atau cecair likat, berwarna gelap, sukar terbakar dan larut di dalam karbon disulfida. Bitumen digunakan sebagai bahan penurap jalan atau bumbung.Menengah Rendah
cahayalightSinar terang daripada sumber cahaya seperti matahari atau lampu, yang membolehkan kita melihat dalam gelap.Sekolah Rendah
kekabukapokSejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. Lihat RajahSekolah Rendah
minyak mentahcrude oilCampuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar.Menengah Rendah
gerhana bulaneclipse of the moonKejadian apabila bumi berada di antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus. Bayang bumi jatuh ke atas bulan dan bulan akan kelihatan gelap. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas