aster | aster | Struktur berbentuk bintang yang terdiri daripada sentriol dan gentian-gentian halus yang terkeluar darinya. Aster dapat dilihat dalam sel haiwan yang menjalani pembahagian sel. | Menengah Atas |
gentian gelendong | spindle fibre | Rangkaian gentian yang terbentuk semasa peringkat profasa. Sesetengah mikrotubul melekat pada sentromer kromosom dan memisahkan kromosom ke kutub yang bertentangan semasa anafasa. | Menengah Atas |
keratin | keratin | Protein gentian yang terdapat dalam epidermis vertebrata yang membentuk lapisan kulit, rambut, kuku, tanduk dan sisik. | Menengah Atas |
nodus atrioventrikel | AV node | Gentian otot kardiak yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel jantung. | Menengah Atas |
telekomunikasi | telecommunication | Sistem komunikasi yang menghantar dan menerima maklumat melalui talian telefon, gentian optik, gelombang mikro dan satelit. | Menengah Rendah |
tisu penghubung | connective tissue | Tisu yang terdiri daripada pelbagai jenis sel dan gentian yang terasing oleh matriks ‘luar sel’. Contohnya, tendon, ligamen dan tisu darah. | Menengah Atas |
membran timpanum | tympanic membrane | Membran keras yang menutupi bukaan luar telinga tengah. Membran yang terdiri daripada tisu gentian kolagen ini berfungsi menghantar getaran ke telinga tengah. Membran ini dikenali juga sebagai gegendang telinga. | Menengah Rendah |
arteri | artery | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). Lihat Rajah | Menengah Rendah |