getaran | vibration | Pergerakan zarah ulang-alik secara berkala dari titik keseimbangan. Contohnya, tala bunyi. | Menengah Rendah |
getaran | vibration | Perubahan gerakan ulang-alik yang berterusan dari satu titik rujukan. Contohnya, ayunan bandul dan tala bunyi. | Menengah Atas |
pelembapan | damping | Proses penyusutan amplitud getaran atau ayunan, akibat pengurangan tenaga. | Menengah Atas |
gelombang | wave | Fenomena fizik yang dihasilkan oleh getaran dan ia memindahkan tenaga tanpa membawa zarah medium semasa perambatan. | Menengah Atas |
gelombang membujur | longitudinal wave | Gelombang yang dihasilkan oleh getaran secara selari dengan arah perambatan gelombang. Contohnya, gelombang bunyi. Lihat Rajah | Menengah Atas |
tempoh | period | Masa yang diambil oleh suatu jasad untuk satu ayunan atau getaran lengkap. | Menengah Atas |
koklea | cochlea | Lingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak. | Menengah Rendah |
resonans | resonance | Keadaan yang mana suatu sistem bergetar pada amplitud maksimum dengan frekuensi getarannya sama dengan getaran asli. | Menengah Atas |
osikel | ossicles | Struktur yang terdiri daripada tiga tulang terkecil dalam ruang telinga tengah dan berfungsi untuk memindahkan getaran bunyi ke bahagian telinga dalam. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
membran timpanum | tympanic membrane | Membran keras yang menutupi bukaan luar telinga tengah. Membran yang terdiri daripada tisu gentian kolagen ini berfungsi menghantar getaran ke telinga tengah. Membran ini dikenali juga sebagai gegendang telinga. | Menengah Rendah |