kelenjar prostat | prostate gland | Kelenjar yang mengelilingi bahagian bukaan uretra lelaki atau mamalia jantan, yang merembeskan cecair bernutrien. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kelenjar peluh | sweat gland | Kelenjar yang merembeskan peluh. Kelenjar ini terdapat pada hampir keseluruhan permukaan badan manusia dan primat peringkat tinggi, tetapi amat kurang pada mamalia lain. | Menengah Rendah |
kelenjar liur | salivary gland | Kelenjar yang merembeskan air liur di dalam mulut. | Menengah Rendah |
kelenjar tiroid | thyroid gland | Kelenjar endokrin yang terdapat pada leher vertebrata yang merembeskan hormon tiroid. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kelenjar pituitari | pituitary gland | Kelenjar endokrin yang terletak di bahagian bawah hipotalamus yang dikenali sebagai kelenjar utama. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kelenjar endokrin | endoctrin gland | Kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kelenjar adrenal | adrenal gland | Kelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina. | Menengah Atas |