glukosa | glucose | Gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. | Menengah Rendah |
glukosa | glucose | Gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. Formulanya, C6H12O6 . | Menengah Atas |
selulosa | cellulose | Rangkaian unit glukosa yang terdapat pada dinding sel tumbuhan, yang berfungsi sebagai pembina dan penyokong struktur dinding sel tumbuhan. | Menengah Rendah |
glikogen | glycogen | Polisakarida yang mempunyai cabang polimer glukosa yang terdapat di dalam tisu haiwan. Ia merupakan simpanan utama tenaga karbohidrat di dalam sel haiwan. | Menengah Atas |
monosakarida | monosaccharide | Sejenis gula ringkas daripada karbohidrat. Contohnya, glukosa, fruktosa dan galaktosa. | Menengah Atas |
respirasi sel | cell respiration | Proses tindak balas kimia antara glukosa dan oksigen yang berlaku dalam sel hidup, menghasilkan tenaga dan karbon dioksida. | Menengah Rendah |
yis | yeast | Organisma unisel dalam kumpulan kulat, menghasilkan enzim yang menukarkan glukosa kepada alkohol dan karbon dioksida semasa fermentasi. Yis membiak secara pertunasan. Yis dikenali juga sebagai ragi. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ujian Benedict | Benedict’s test | Ujian untuk mengesan kehadiran gula penurunan seperti glukosa, fruktosa dan maltosa. Mendakan merah bata terbentuk apabila larutan yang mengandungi gula penurunan dipanaskan bersama larutan Benedict. | Menengah Rendah |
amilase | amylase | Enzim yang menguraikan kanji atau glikogen kepada gula ringkas seperti glukosa. Amilase dirembeskan oleh kelenjar liur dan pankreas. | Menengah Rendah |
respirasi aerob | aerobic respiration | Respirasi yang berlaku dengan kehadiran oksigen, untuk mengoksidakan sebatian organik, terutama glukosa, bagi menghasilkan karbon dioksida, air, dan tenaga. | Menengah Atas |