gula penurun | reducing sugar | Gula yang mempunyai sifat menurunkan larutan Fehlings atau larutan Benedict kepada kuprum oksida. | Menengah Atas |
ujian Benedict | Benedict’s test | Ujian untuk mengesan kehadiran gula penurunan seperti glukosa, fruktosa dan maltosa. Mendakan merah bata terbentuk apabila larutan yang mengandungi gula penurunan dipanaskan bersama larutan Benedict. | Menengah Rendah |
pemanis | sweetener | Bahan berkalori rendah yang digunakan sebagai pengganti gula untuk memaniskan minuman dan makanan. Bahan ini digunakan untuk memberi rasa manis kepada minuman tanpa menambahkan kalori dalam bentuk gula. Contohnya, aspartame. | Menengah Atas |
glukosa | glucose | Gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. | Menengah Rendah |
glukosa | glucose | Gula ringkas yang terhasil daripada proses fotosintesis. Glukosa merupakan komponen asas dalam karbohidrat. Formulanya, C6H12O6 . | Menengah Atas |
disakarida | disaccharide | Gula yang terbentuk daripada dua molekul monosakarida. | Menengah Atas |
monosakarida | monosaccharide | Sejenis gula ringkas daripada karbohidrat. Contohnya, glukosa, fruktosa dan galaktosa. | Menengah Atas |
fotosintesis | photosynthesis | Proses penghasilan gula, oksigen dan air oleh tumbuh-tumbuhan hijau dengan kehadiran karbon dioksida, air dan cahaya matahari. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
manis | sweet | Rasa seperti gula atau madu. | Sekolah Rendah |
nektar | nectar | Cecair yang kaya dengan gula, dihasilkan oleh bunga dan berfungsi menarik perhatian agen pendebungaan. | Menengah Rendah |