Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[haid]/[haid] | حيض

Definisi : 1. = darah ~ darah kotor yg turun setiap bulan (biasanya berselang 28 hari) drpd rahim perempuan yg sudah baligh; 2. turun darah haid, datang bulan, mendapat kain kotor; mati ~ Id = putus ~ sudah tidak datang bulan lagi (bkn perempuan yg dlm lingkungan umur 50 tahun ke atas). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[haid]/[haid] | حيض

Definisi : 1 = darah ~ darah yg turun (keluar) tiap-tiap bulan dr rahim perempuan yg sudah baligh. 2 turun (keluar) darah haid; mendapat kain kotor; datang bulan (bagi orang perempuan). putus ~ (sudah) tidak datang bulan atau tidak ada haid lagi (biasanya bermula ketika berumur antara 45 dgn 50 tahun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haid


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
haidmenstruationPeluluhan lapisan dinding uterus yang menyebabkan darah mengalir melalui faraj secara berkala.Menengah Rendah
haidmenstruationKeluluhan pelapik dalam dinding uterus atau endometrium yang disertai dengan pendarahan. Keadaan ini berlaku pada perempuan yang sudah baligh.Menengah Atas
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa bagi seseorang wanita yang telah mencapai usia baligh dan tidak hamil. Kitaran ini berlaku dalam tempoh 28 hari.Menengah Rendah
kitaran haidmenstrual cycleKitaran berlakunya haid dari semasa ke semasa pada seseorang wanita yang telah baligh dan tidak hamil, biasanya terjadi dalam selang empat minggu.Menengah Atas
menopausmenopausePeringkat terhentinya haid secara semula jadi yang berlaku pada wanita pada peringkat umur antara 45 hingga 55 tahun.Menengah Rendah
menopausmenopauseKeadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas.Menengah Atas
fasa luteumluteal phaseFasa akhir kitaran haid (pada manusia dan beberapa haiwan lain) atau kitaran estrus (pada mamalia berplasenta yang lain). Hormon utama yang dikaitkan dengan peringkat ini ialah progesteron, yang kandungannya jauh lebih tinggi pada fasa luteum berbanding pada fasa kitaran yang lain.Menengah Atas
sindrom prahaid (PMS)premenstrual syndromeTanda-tanda atau gejala fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh wanita sebelum bermulanya haid.Menengah Atas

Kembali ke atas