Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai.wan] | حيوان

Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hai.wan] | حيوان

Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemangsapredatorHaiwan yang memakan haiwan lain. Contohnya, harimau.Menengah Rendah
omnivoromnivoreHaiwan yang memakan haiwan lain dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya, ayam memakan bijirin, serangga atau cacing tanah. Lihat RajahSekolah Rendah
karnivorcarnivoreHaiwan yang memakan haiwan lain sahaja. Contohnya, harimau memakan kijang. Lihat RajahSekolah Rendah
mangsapreyHaiwan yang dimakan oleh haiwan lain. Contohnya, katak merupakan mangsa bagi ular.Menengah Rendah
karnivorcarnivoreHaiwan yang memakan daging. Haiwan jenis ini mempunyai gigi taring yang tajam dan otot rahang yang kuat untuk menggigit, menyiat dan mengunyah makanan. Contohnya, harimau dan singa.Menengah Rendah
mangsapreyHaiwan yang diburu oleh haiwan lain untuk dijadikan sumber makanan. Contohnya, tikus menjadi mangsa kepada ular.Sekolah Rendah
haiwan berdarah sejukcold blooded animalsHaiwan yang mempunyai suhu badan yang dapat berubah-ubah mengikut suhu persekitaran. Contohnya, haiwan daripada kumpulan reptilia, ikan dan invertebrat.Menengah Rendah
haiwan berdarah panaswarm blooded animalsHaiwan yang boleh mengekalkan suhu badan yang malar dan tidak dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Contohnya, haiwan daripada kumpulan mamalia.Menengah Rendah
omnivoromnivoreHaiwan yang memakan tumbuhan dan daging. Haiwan kumpulan ini menggunakan gigi kacip, gigi taring dan gigi molar rata untuk memakan tumbuhan dan haiwan lain. Contohnya, beruang.Menengah Rendah
heterotrofheterotrophCara pemakanan, iaitu apabila organisma memperoleh tenaga daripada pengambilan dan pencernaan sebatian organik tumbuhan dan haiwan yang dimakan. Semua haiwan memperoleh makanan melalui cara ini.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas