halaju | velocity | Kadar perubahan sesaran. | Menengah Atas |
zarah beta | beta particle | Zarah elektron yang terpancar keluar dari nukleus radioaktif. Zarah ini mempunyai halaju yang sangat tinggi, iaitu hampir menyamai halaju cahaya. | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Perubahan halaju per unit masa. | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju. Pecutan objek bergantung pada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut yang mempunyai jisim malar. Semakin besar daya yang dikenakan terhadap objek tersebut, semakin tinggi pecutan objek itu. | Menengah Rendah |
nyahpecutan | deceleration | Kadar pengurangan halaju sesuatu gerakan. | Menengah Atas |
angin | wind | Udara yang bergerak dengan halaju tertentu yang boleh dirasai melalui deria kulit tetapi tidak boleh dilihat. | Menengah Rendah |
momentum | momentum | Hasil darab jisim dengan halaju sesuatu jasad. | Menengah Atas |
hentaman | impact | Kesan perlanggaran dua jasad, dengan halaju satu jasad atau kedua-duanya berubah. | Menengah Atas |
pembiasan | refraction | Proses perambatan cahaya melalui dua medium yang berbeza ketumpatan optiknya. Proses ini menyebabkan berlakunya perubahan arah dan halaju cahaya. | Menengah Rendah |
lohong hitam | black hole | Objek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya. | Menengah Rendah |