Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lus.ha.lus] | هالوس٢

Definisi : dgn meneliti segala butir yg berkaitan, dgn teliti, secara terperinci: undang-undang yg telah didebat serta difikir ~ oleh ahli-ahli parlimen yg dipilih oleh rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,

Puisi
 

Saya bertemu Kuala Halus,
     Rumah dinaik di dalam puan;
Badan saya semadi kurus,
     Bawa berahi denganmu tuan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Melekatkan kersik ke buluh.

Bermaksud :

Pekerjaan yang dilakukan dengan susah payah tetapi sia-sia. (Bandingkan dengan: Menampalkan kersik ke buluh). kersik = pasir kasar, batu kerikil halus-halus.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bulu halusfine hairBulu yang sangat nipis dan lembut. Contohnya, bulu halus pada arnab. Lihat RajahSekolah Rendah
vilusvillusUnjuran halus pada lapisan dalam usus kecil yang berfungsi menambah luas permukaan bagi penyerapan makanan tercerna.Menengah Rendah
stilstyleStruktur halus dan panjang yang menghubungkan ovari dan stigma.Menengah Rendah
planktonplanktonOrganisma halus yang terapung-apung di dalam air dan menjadi sumber makanan yang penting kepada organisma akuatik yang lebih besar seperti ikan paus.Menengah Rendah
debungapollenButir halus yang mengandungi gamet (sel pembiakan) jantan. Debunga dihasilkan oleh anter tumbuhan berbunga.Menengah Rendah
benangthreadTali halus yang biasanya diperbuat daripada kapas atau sutera, yang boleh digunakan untuk mengukur ukur lilit. Lihat RajahSekolah Rendah
mikroorganismamicroorganismOrganisma halus yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Di antara organisma ini termasuklah bakteria, virus, alga, protozoa dan yis.Menengah Atas
hifahyphaBebenang halus yang mempunyai dinding sel, dan merupakan organ pertumbuhan vegetatif bagi kebanyakan kulat.Menengah Atas
stomastomaLiang-liang halus yang terdapat pada permukaan daun yang digunakan untuk pertukaran gas dan peresapan wap air.Menengah Rendah
kapilaricapillarySalur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan.Menengah Rendah
12345

Kembali ke atas